Larangan Berbekam

DI LARANG MAKAN SEBELUM DAN SELEPAS BERBEKAM?

Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya 
penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, 
terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. 
Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa 
berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana 
ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang 
hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 
2-3 jam sebelum berbekam.

Dalam satu athar disebutkan: "Pembekaman yang dilakukan 
ketika haus, boleh membantu proses penyembuhan.Apabila 
dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.

Berbekam pada hari Selasa tanggal 17 adalah ubat untuk penyakit 
setahun. "Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah 
yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat,serta 
menambah kekuatan akal dan hafalan."

Apa kesannya apabila berbekam selepas makan dan makan selepas 
berbekam??? Kesan bekam selepas makan ialah badan akan 
jadi letih lesu dan tidak bermaya. Ada juga yang demam selepas 
bekam, kerana berbekam selepas makan boleh mendatangkan 
penyakit. Kerana itu di galakkan berpuasa sebelum berbekam dan 
kesan selepas bekam badan akan terasa ringan dan segar. Punca 
segala penyakit dalam tubuh badan kita sebenarnya adalah 
amalan pemakanan kita yang beraneka, yang banyak menggunakan 
serbuk perisa, bahan pengawet, kimia, pewarna dan lain-lain 
lagi. Itu yang menjadi toksid dan asid di dalam tubuh badan. 
Maka berbekamlah sekurang-kurangnya 3 bulan sekali
 untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. Kerana sihat itu satu 
anugerah yang tidak ternilai dengan wang ringgit yang kita ada.


SEKIAN